Thursday, June 18, 2009

semangat perpaduan luntur dan hilang

MAMPUKAH KITA MEMUPUK SEMANGAT SEHATI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI?

IPTA dan IPTS adalah institusi pengajian tinggi yang memberi perkhidmatan kepada pelajar untuk mendalami pelbagai ilmu untuk di bawa ke masa depan. Ia mengumpulkan cerdik pandai dari serata negeri dan ada juga pelajar luar negara turut mendapatakan ilmu di negara ini. Institusi ini bukanlah diplopori oleh satu-satu bangsa sahaja. Kita sedia maklum Malaysia cukup unik kerana kita mampu hidup bersama-sama dengan pelbagai bangsa dengan baiknya walaupun kita tidak begitu sehati sebenarnya. Jangan malu kerana ia adalah kebenaran yang sebenar yang berlaku. Rata-rata dari pelajar di institusi pengajian tinggi adalah golongan muda-mudi yang cerdik yang akan memasuki alam pekerjaan setelah habis menamatkan pengajian mereka.

Jika kita mampu untuk menjadi satu dan saling hormat menghormati antara kita dalam institusi pengajian tinggi maka kita akan beroleh manfaat terbesar dalam hidup ini, yakinlah dengan saranan saya, saya bukan orang besar, suara kecil saya ini diharap dapat membuka satu ruang bagi kita merubah perasaan kita, sikap prejudis dan penuh prasangka dengan bangsa lain.

Pentadbiran IPT sebenarnya telah mengadakan beberapa kursus wajib yang bermatlamatkan untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan pelajar IPT. Menerusi pengalaman saya sendiri, ia adalah satu idea yang cukup baik namun malangnya keputusan yang dicapai memperlihatkan ia gagal untuk menjadikan kita satu bangsa yang cukup kuat bersatu. Di atas kertas semuanya kita lihat indah namun realitinya, kesatuan kita untuk bersama tidak pernah ada, perpaduan itu cukup rapuh hari ini dan masa akan datang akan memperlihatkan kita terus menjauhkan diri dan ini akan mengundang kecelakaan yang teramat pada masa hadapan.

IPT perlu menjadi satu medan terbaik untuk mensehatikan manusia cerdik pandai ini, kerana mereka inilah yang akan mentadbir negara kelak, jika kita mampu menjadi satu, kepimpinan kita akan bersuara menjadi satu dan ini pasti akan memaju negara ke hadapan dengan lancarnya. IPT perlu mencari satu mekanisma terbaik yang diirancang secara terliti dan yang teramat penting pelaksanaan yang dibuat perlu dibuat dengan ada semangat membara untuk menyatukan bangsa Malaysia menjadi satu yang cukup kuat.

Kenapa program-program dalam IPT hari ini dilihat mengikut kaum? Kenapa sukar bagi kita bersatu menjadi satu? Kenapa perlu wujud perasaan tidak selesa dengan kaum lain. Semua program yang tidak melibatkan agama perlu dibuat bersama-sama agar kita mampu berinteraksi dengan lebih baik dan mewujud persefahaman yang utuh.

Kita cukup sukar untuk berkomunkasi dengan bangsa lain kerana perasaan kita, mereka dan kita adalah manusia, untuk memberi senyuman juga sukar sekali, mari kita wujudkan satu suasana positif yang dapat mengukuhkan hati kita menjadi yang utuh untuk kemakmuran bersama-sama. Jangan biarkan IPT kita menjadi ruang berpecah belah dan mewujud jurang antara kita lagi.

pekerja tempatan vs pekerja asing

Masalah lambakan pekerja asing yang terlau ramai di Malaysia merupakan satu tragedi senyap yang berlaku dan hingga kini dan mungkin 10-20 tahun akan datang masalah ini tidak mampu diatasi dan bertambah parah pada akhirnya…Jika sebelum ini pekerja asing banyak di negeri maju seperti Selangor, KL, JB, dan Penang..namun hari ini pekerja asing berlambak-lambak di mana saja..ini tidak termasuk lambakan pekerja asing yang masuk secara haram..krisis cukup kritikal bagi negeri Sabah dan Serawak di mana di sana mempunayai jumlah pekerja asing yang terlalu ramai dan gagal untuk ditangani masalah ini secara keseluruhnya…ia sememangnya suatu yang cukup mengewekan bagi semua rakyat Malaysia melihat masalah ini tidak sudah dan masih berterusan hingga kini..

Jika dilihat dari aspek geografi, Malaysia merupakan negara membangun dan berada dalam keadaan stabil jika mahu dibandingkan negara lain di Asean..Cuma Singapura sahaja negara maju dalam asean dan Singapura berjaya mengawal lambakan pekerja asing dengan mengenakan peraturan yang cukup ketat dan hukuman berat kepada pesalah yang berkerja lebih masa atau masuk secara haram…ramai mengatakan Singapura adalah sebuah negara kecil maka mudah bagi unit pertahannya mengawal kawasan perairan mereka dari dibolosi oleh pendatang asing yang mahu bekerja…dalam hal ini ada benarnya namun hakikatnya kekecewaan rakyat Malaysia terhadap lambakan pekerja asing yang mengangu ketenteraman awam..hari ini kita pergi ke mana-mana pun ada saja pekerja asing..jika di restoran makanan segera mereka mampu menyelinap masuk dan bekerja secara bebas…peraturan negara tidak ketat??atau pelaksanaa undang-undang yang lemah…kita harus mengakui masalah ini dan mengakui kelemahan dan cubalah mengatasinya sebaik mungkin..bukan hanya berpolitik siang malam tanpa henti…di mana kebajikan pemimpin untuk menjamin keselesaan rakyat?

Dilema ini terus mencengkam jiwa kita semua apabila rakyat sendiri kian sukar untuk mendapatkan pekerjaan dalam negara gara-gara lambakan pekerja asing yang telah merampas banyak pekerjaan yang ditawarkan…majikan lebih cenderung untuk mendapatkan pekerja asing sebab kos murah dan kestiaan mereka bekerja adalah lebih baik dari pekerja tempatan…

Dalam hal ini, satu langkah proaktif dan tegas harus dilaksanakan..jangan lagi kita membuat alasan..undang-undang yang ada diperketatakan dan pelaksanan dibuat sebaik mugkin..kepada pihak berkuasa jika merasakan unit mereka kekurangan anggota untuk memantau kawasan yang mempunayai jumlah pendatang asing yang ramai..berilah insentif kepada rakyat..ia sudah pasti mampu membawa kesan postif untuk kita sama-sama bekerja mengusir lambakan pekerja asing..negara masih memerlukan perkerja asing tetapi ia harus terkawal dan bagi bahagian-bahagian kerja tertentu saja melibatakn pekerja asing….

Thursday, January 29, 2009

malap satu sistem pengangkutan awam

KOMUTER OWH…KOMUTER

Hari ini harga jualan kereta adalah cukup murah, bagi mereka yang baru bekerja sudah mampu membeli kereta sendiri, ia melambangkan orang kita hari ini hidupnya lebih mudah dari yang dulu. Negara kita negara membangun dan kita tidak mempunyai satu polisi yang menetapkan bahawa usia kenderaan tertentu harus dilupuskan, jika di negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan di benua Eropah, mereka mempunyai polisi ketat dalam mengawal kuantiti kenderaan dalam negara.

Hari ini lambakan kereta dalam negara kita cukup kritikal. Jika dulu kita menyuarakan rasa ketidakpuashatian kerana jalan-jalan utama negara di kawasan Bandar tidak cukup besar. Hari ini, masalah itu sudah diatasi namun malangnya kesesakan jalan masih menghantui warga kota. Yang lebih malang lagi, fenomena kesesakan jalan hari ini sudah menular ke kawasan pekan dan kampung.

Komuter hadir dalam dunia kenderaan awam yang cukup efisien pada awal kemunculannya kira-kira 10 tahun dahulu. Bayaran tiket yang berpatutan, keselesaan dan kecepatan untuk sampai menjadikan komuter satu medium perhubungan darat yang cukup relevan.

Relevan atau tidak ia hari ini, sukar untuk diperbahaskan, imej komuter hari ini cukup buruk berbanding awal kemunculannya. Hari ini, bila disebut komuter, para pengguna memikirkan kesesakan berada dalam komuter, berhimpit-himpit dan teralu sukar bernafas, soal kelewatan untuk sampai, isu kehilangan barnag berharga gara-gara kemunculan para penyeluk saku yang mencari rezeki di dalam tren komuter.

Suara ketidakpuashatian telah lama dilaungkan oleh para pengguna, suka atau benci komuter tetap menjadi pilihan ribuan pengguna kerana ia dilihat lebih berbaloi berbanding menaiki kenderaan sendiri yang lebih tinggi kosnya dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang kian parah saban hari. Pihak berwajib sebenarnya sudah lama mengetahui masalah ini namun dipekakkan telinga mereka, di mana rasa prihatin mereka ini? Kita sedia maklum pihak berwajib tidak menggunakan komuter setiap hari maka mereka berasa ia soal remeh, bagi mereka pengguna patutnya bersyukur. Asyik-asyik hendak merunggut dan pengguna kita ini tidak pernah bersyukurkah? Ya kami tidak bersyukur rasanya, kebajikan pengguna harus diutamakan. Bukan hanya menabur janji benilai jutaan ringgit setiap kali pilihan raya.

Ia sesuatu yang memualkan untuk berhimpit-himpit dalam komuter pada waktu puncak, berhimpit dengan warga asing yang berbagai-bagai bau, ia susah dibanyangkan bagi golongan kaya yang hanya tahu mengaut keuntungan. Saya cukup yakin masalah ini mudah diatasi jika para pemimpin prihatin kepada rakyat. Kita tidak ada pilihan lain, walaupun perih melalui komuter tapi itulah pilihan terbaik yang kita ada hari ini.

Fikir-fikirkan oleh kita, merungut tak pernah sudah, kata orang kita ini tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada….betul kah??fikir dan bincangkan secara profesional

kemahuan manusia yang tidak dijangka dan diluar kota fikiran rasional

MANUSIA MAHU SEMUA CANTIK DAN SEMPURNA

Ia adalah satu hakikat yang cukup jelas bahawa manusia yang ada ini difitrahkan untuk mahu semua yang ada adalah cantik dan sempurna. Ia sesuatu yang normal bagi manusia yang berakal. Cantik dan sempurna itu cukup indah menghiburkan hati manusia yang sentiasa tidak pernah cukup dengan apa yang pernah ada dalam hidup. Manusia lumrahnya begitu dan manusia juga bukan sempurna tapi sentiasa bercita-cita untuk jadi sempurna. Hakikatnya, kita sedia maklum manusia tidak akan cantik dan sempurna dalam segala aspek.

Hari ini, kita sudah jauh dari persimpangan jalan, hari ini agama itu adalah warisan dan bukan lagi jalan yang perlu dipegang. Penyataan ini penuh kontroversi tetapi manusia juga sedaya upaya cuba menjauhkan diri dari menerima realiti sebenar hakikat hidup ini. Ya di penghujung dunia ini, kita kian sesat dengan kerenah kita cipta sendiri. Kecantikan dan kesempurnaan dikejar kita tanpa memikirkan soal lain lagi.

Berfikirlah kita dan mari kita sedari bahawa yang cantik ada luar dan dalamnya, mudah kita beza yang cantik dan ynag kurang cantik, kita selalu beranggapan yang cantik itu sempurna dan sesuai dengan kita, tanggapan itu kita buat sendiri. Kecantikan dan kesempurnaan itu perlu datang dari dalam dan ia akan terbit keluar.

Takdir telah menulis bahawa bukan semua dari kita akan mengapai cantik dan sempurna. Dan jangan sekali-kali kita menyalahkan takdir akan perihal ini. Yakinlah bahawa kita dicipta punya kelebihan berbeza-beza antara kita, hidup ini ada di atas dan di bawah.

Akhir kata dari saya, mencari kesempurnaan itu tidak pernah salah asalkan kita tahu batasnya dan jangan pernah merendah diri jika luaran kita tidak indah. Setiap manusia lebih mengagumi orang yang punya kecantikan dan kebaikan dalaman.

langkah pertama kali (2009)

dan saya merasakan sudah sampai masa untuk saya terjun dalam bidang blog ini yang dilihat cukup baik bagi saya sebagai medium melontarkan pendapat dan kritikan serta menimbulkan isu-isu yang boleh memeberi kesedaran kepada semua pihak.

menjadi blogger berkualiti bukanlah mudah, hari ini ramai dari kita mampu menjadi blogger dengan masa yang singkat namun untuk benar-benar menjadi blogger yang mempunyai folowers yang ramai dan sentiasa mendapat sambutan positif, ia bukan sesuatu yang mudah bagi sesiapa saja.

menjadi blogger secara asasnya bukan satu perniagaan cumanya ia satu medium bebas untuk kita berkarya dan berkongsi sesuatu dengan pihak lain.

secara jujurnya, ada perasaan takut namun saya sedar suara anak muda harus didengar, harus dinilai dan diambil tindakan proaktif agar manfaat bersama dapat dicapai.

akhir kata untuk post pertama ini, saya menamakan ia sebagai 'langkah pertama kali (2009) kerana langkahan ini yang pertama dan saya harap ia akan berteusan menjana satu transformasi terbaik buat kita semua.

syukur alhamdullilah kerana saya diizinkan untuk turut serta dalam bidang ini...