Thursday, January 29, 2009

kemahuan manusia yang tidak dijangka dan diluar kota fikiran rasional

MANUSIA MAHU SEMUA CANTIK DAN SEMPURNA

Ia adalah satu hakikat yang cukup jelas bahawa manusia yang ada ini difitrahkan untuk mahu semua yang ada adalah cantik dan sempurna. Ia sesuatu yang normal bagi manusia yang berakal. Cantik dan sempurna itu cukup indah menghiburkan hati manusia yang sentiasa tidak pernah cukup dengan apa yang pernah ada dalam hidup. Manusia lumrahnya begitu dan manusia juga bukan sempurna tapi sentiasa bercita-cita untuk jadi sempurna. Hakikatnya, kita sedia maklum manusia tidak akan cantik dan sempurna dalam segala aspek.

Hari ini, kita sudah jauh dari persimpangan jalan, hari ini agama itu adalah warisan dan bukan lagi jalan yang perlu dipegang. Penyataan ini penuh kontroversi tetapi manusia juga sedaya upaya cuba menjauhkan diri dari menerima realiti sebenar hakikat hidup ini. Ya di penghujung dunia ini, kita kian sesat dengan kerenah kita cipta sendiri. Kecantikan dan kesempurnaan dikejar kita tanpa memikirkan soal lain lagi.

Berfikirlah kita dan mari kita sedari bahawa yang cantik ada luar dan dalamnya, mudah kita beza yang cantik dan ynag kurang cantik, kita selalu beranggapan yang cantik itu sempurna dan sesuai dengan kita, tanggapan itu kita buat sendiri. Kecantikan dan kesempurnaan itu perlu datang dari dalam dan ia akan terbit keluar.

Takdir telah menulis bahawa bukan semua dari kita akan mengapai cantik dan sempurna. Dan jangan sekali-kali kita menyalahkan takdir akan perihal ini. Yakinlah bahawa kita dicipta punya kelebihan berbeza-beza antara kita, hidup ini ada di atas dan di bawah.

Akhir kata dari saya, mencari kesempurnaan itu tidak pernah salah asalkan kita tahu batasnya dan jangan pernah merendah diri jika luaran kita tidak indah. Setiap manusia lebih mengagumi orang yang punya kecantikan dan kebaikan dalaman.

3 comments:

  1. teruskan menulis. satu poermulaan yg baik..
    better ko buat perenggan spy org sng nk baca.
    pastu, tambah la chatbox kt page ko ni. sng nk comunicate dgn sape2 yg sgah blog ko..

    nyway, congrates shafiq!! =)

    ReplyDelete
  2. ya aku akan memperbaiki dan cuba memberi yang terbaik..ia sudah pasti...masa akan menentukan dan sperti yang aku janjikan ak bersedia jadi blogger

    ReplyDelete
  3. fahamkan ungkapan aku..
    cantik tidak semestinya kemas
    cantik tidak semestinya sempurna
    cantik tidak semestinya baik
    cantik tidak semestinya bertamadun

    TETAPI....
    kemas, sempurna, baik, bertamadun semestinya cantik. fikir-fikirkan

    ReplyDelete