Thursday, January 29, 2009

malap satu sistem pengangkutan awam

KOMUTER OWH…KOMUTER

Hari ini harga jualan kereta adalah cukup murah, bagi mereka yang baru bekerja sudah mampu membeli kereta sendiri, ia melambangkan orang kita hari ini hidupnya lebih mudah dari yang dulu. Negara kita negara membangun dan kita tidak mempunyai satu polisi yang menetapkan bahawa usia kenderaan tertentu harus dilupuskan, jika di negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan di benua Eropah, mereka mempunyai polisi ketat dalam mengawal kuantiti kenderaan dalam negara.

Hari ini lambakan kereta dalam negara kita cukup kritikal. Jika dulu kita menyuarakan rasa ketidakpuashatian kerana jalan-jalan utama negara di kawasan Bandar tidak cukup besar. Hari ini, masalah itu sudah diatasi namun malangnya kesesakan jalan masih menghantui warga kota. Yang lebih malang lagi, fenomena kesesakan jalan hari ini sudah menular ke kawasan pekan dan kampung.

Komuter hadir dalam dunia kenderaan awam yang cukup efisien pada awal kemunculannya kira-kira 10 tahun dahulu. Bayaran tiket yang berpatutan, keselesaan dan kecepatan untuk sampai menjadikan komuter satu medium perhubungan darat yang cukup relevan.

Relevan atau tidak ia hari ini, sukar untuk diperbahaskan, imej komuter hari ini cukup buruk berbanding awal kemunculannya. Hari ini, bila disebut komuter, para pengguna memikirkan kesesakan berada dalam komuter, berhimpit-himpit dan teralu sukar bernafas, soal kelewatan untuk sampai, isu kehilangan barnag berharga gara-gara kemunculan para penyeluk saku yang mencari rezeki di dalam tren komuter.

Suara ketidakpuashatian telah lama dilaungkan oleh para pengguna, suka atau benci komuter tetap menjadi pilihan ribuan pengguna kerana ia dilihat lebih berbaloi berbanding menaiki kenderaan sendiri yang lebih tinggi kosnya dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang kian parah saban hari. Pihak berwajib sebenarnya sudah lama mengetahui masalah ini namun dipekakkan telinga mereka, di mana rasa prihatin mereka ini? Kita sedia maklum pihak berwajib tidak menggunakan komuter setiap hari maka mereka berasa ia soal remeh, bagi mereka pengguna patutnya bersyukur. Asyik-asyik hendak merunggut dan pengguna kita ini tidak pernah bersyukurkah? Ya kami tidak bersyukur rasanya, kebajikan pengguna harus diutamakan. Bukan hanya menabur janji benilai jutaan ringgit setiap kali pilihan raya.

Ia sesuatu yang memualkan untuk berhimpit-himpit dalam komuter pada waktu puncak, berhimpit dengan warga asing yang berbagai-bagai bau, ia susah dibanyangkan bagi golongan kaya yang hanya tahu mengaut keuntungan. Saya cukup yakin masalah ini mudah diatasi jika para pemimpin prihatin kepada rakyat. Kita tidak ada pilihan lain, walaupun perih melalui komuter tapi itulah pilihan terbaik yang kita ada hari ini.

Fikir-fikirkan oleh kita, merungut tak pernah sudah, kata orang kita ini tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada….betul kah??fikir dan bincangkan secara profesional

kemahuan manusia yang tidak dijangka dan diluar kota fikiran rasional

MANUSIA MAHU SEMUA CANTIK DAN SEMPURNA

Ia adalah satu hakikat yang cukup jelas bahawa manusia yang ada ini difitrahkan untuk mahu semua yang ada adalah cantik dan sempurna. Ia sesuatu yang normal bagi manusia yang berakal. Cantik dan sempurna itu cukup indah menghiburkan hati manusia yang sentiasa tidak pernah cukup dengan apa yang pernah ada dalam hidup. Manusia lumrahnya begitu dan manusia juga bukan sempurna tapi sentiasa bercita-cita untuk jadi sempurna. Hakikatnya, kita sedia maklum manusia tidak akan cantik dan sempurna dalam segala aspek.

Hari ini, kita sudah jauh dari persimpangan jalan, hari ini agama itu adalah warisan dan bukan lagi jalan yang perlu dipegang. Penyataan ini penuh kontroversi tetapi manusia juga sedaya upaya cuba menjauhkan diri dari menerima realiti sebenar hakikat hidup ini. Ya di penghujung dunia ini, kita kian sesat dengan kerenah kita cipta sendiri. Kecantikan dan kesempurnaan dikejar kita tanpa memikirkan soal lain lagi.

Berfikirlah kita dan mari kita sedari bahawa yang cantik ada luar dan dalamnya, mudah kita beza yang cantik dan ynag kurang cantik, kita selalu beranggapan yang cantik itu sempurna dan sesuai dengan kita, tanggapan itu kita buat sendiri. Kecantikan dan kesempurnaan itu perlu datang dari dalam dan ia akan terbit keluar.

Takdir telah menulis bahawa bukan semua dari kita akan mengapai cantik dan sempurna. Dan jangan sekali-kali kita menyalahkan takdir akan perihal ini. Yakinlah bahawa kita dicipta punya kelebihan berbeza-beza antara kita, hidup ini ada di atas dan di bawah.

Akhir kata dari saya, mencari kesempurnaan itu tidak pernah salah asalkan kita tahu batasnya dan jangan pernah merendah diri jika luaran kita tidak indah. Setiap manusia lebih mengagumi orang yang punya kecantikan dan kebaikan dalaman.

langkah pertama kali (2009)

dan saya merasakan sudah sampai masa untuk saya terjun dalam bidang blog ini yang dilihat cukup baik bagi saya sebagai medium melontarkan pendapat dan kritikan serta menimbulkan isu-isu yang boleh memeberi kesedaran kepada semua pihak.

menjadi blogger berkualiti bukanlah mudah, hari ini ramai dari kita mampu menjadi blogger dengan masa yang singkat namun untuk benar-benar menjadi blogger yang mempunyai folowers yang ramai dan sentiasa mendapat sambutan positif, ia bukan sesuatu yang mudah bagi sesiapa saja.

menjadi blogger secara asasnya bukan satu perniagaan cumanya ia satu medium bebas untuk kita berkarya dan berkongsi sesuatu dengan pihak lain.

secara jujurnya, ada perasaan takut namun saya sedar suara anak muda harus didengar, harus dinilai dan diambil tindakan proaktif agar manfaat bersama dapat dicapai.

akhir kata untuk post pertama ini, saya menamakan ia sebagai 'langkah pertama kali (2009) kerana langkahan ini yang pertama dan saya harap ia akan berteusan menjana satu transformasi terbaik buat kita semua.

syukur alhamdullilah kerana saya diizinkan untuk turut serta dalam bidang ini...