Thursday, January 29, 2009

malap satu sistem pengangkutan awam

KOMUTER OWH…KOMUTER

Hari ini harga jualan kereta adalah cukup murah, bagi mereka yang baru bekerja sudah mampu membeli kereta sendiri, ia melambangkan orang kita hari ini hidupnya lebih mudah dari yang dulu. Negara kita negara membangun dan kita tidak mempunyai satu polisi yang menetapkan bahawa usia kenderaan tertentu harus dilupuskan, jika di negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan di benua Eropah, mereka mempunyai polisi ketat dalam mengawal kuantiti kenderaan dalam negara.

Hari ini lambakan kereta dalam negara kita cukup kritikal. Jika dulu kita menyuarakan rasa ketidakpuashatian kerana jalan-jalan utama negara di kawasan Bandar tidak cukup besar. Hari ini, masalah itu sudah diatasi namun malangnya kesesakan jalan masih menghantui warga kota. Yang lebih malang lagi, fenomena kesesakan jalan hari ini sudah menular ke kawasan pekan dan kampung.

Komuter hadir dalam dunia kenderaan awam yang cukup efisien pada awal kemunculannya kira-kira 10 tahun dahulu. Bayaran tiket yang berpatutan, keselesaan dan kecepatan untuk sampai menjadikan komuter satu medium perhubungan darat yang cukup relevan.

Relevan atau tidak ia hari ini, sukar untuk diperbahaskan, imej komuter hari ini cukup buruk berbanding awal kemunculannya. Hari ini, bila disebut komuter, para pengguna memikirkan kesesakan berada dalam komuter, berhimpit-himpit dan teralu sukar bernafas, soal kelewatan untuk sampai, isu kehilangan barnag berharga gara-gara kemunculan para penyeluk saku yang mencari rezeki di dalam tren komuter.

Suara ketidakpuashatian telah lama dilaungkan oleh para pengguna, suka atau benci komuter tetap menjadi pilihan ribuan pengguna kerana ia dilihat lebih berbaloi berbanding menaiki kenderaan sendiri yang lebih tinggi kosnya dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang kian parah saban hari. Pihak berwajib sebenarnya sudah lama mengetahui masalah ini namun dipekakkan telinga mereka, di mana rasa prihatin mereka ini? Kita sedia maklum pihak berwajib tidak menggunakan komuter setiap hari maka mereka berasa ia soal remeh, bagi mereka pengguna patutnya bersyukur. Asyik-asyik hendak merunggut dan pengguna kita ini tidak pernah bersyukurkah? Ya kami tidak bersyukur rasanya, kebajikan pengguna harus diutamakan. Bukan hanya menabur janji benilai jutaan ringgit setiap kali pilihan raya.

Ia sesuatu yang memualkan untuk berhimpit-himpit dalam komuter pada waktu puncak, berhimpit dengan warga asing yang berbagai-bagai bau, ia susah dibanyangkan bagi golongan kaya yang hanya tahu mengaut keuntungan. Saya cukup yakin masalah ini mudah diatasi jika para pemimpin prihatin kepada rakyat. Kita tidak ada pilihan lain, walaupun perih melalui komuter tapi itulah pilihan terbaik yang kita ada hari ini.

Fikir-fikirkan oleh kita, merungut tak pernah sudah, kata orang kita ini tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada….betul kah??fikir dan bincangkan secara profesional

3 comments: