Thursday, June 18, 2009

semangat perpaduan luntur dan hilang

MAMPUKAH KITA MEMUPUK SEMANGAT SEHATI DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI?

IPTA dan IPTS adalah institusi pengajian tinggi yang memberi perkhidmatan kepada pelajar untuk mendalami pelbagai ilmu untuk di bawa ke masa depan. Ia mengumpulkan cerdik pandai dari serata negeri dan ada juga pelajar luar negara turut mendapatakan ilmu di negara ini. Institusi ini bukanlah diplopori oleh satu-satu bangsa sahaja. Kita sedia maklum Malaysia cukup unik kerana kita mampu hidup bersama-sama dengan pelbagai bangsa dengan baiknya walaupun kita tidak begitu sehati sebenarnya. Jangan malu kerana ia adalah kebenaran yang sebenar yang berlaku. Rata-rata dari pelajar di institusi pengajian tinggi adalah golongan muda-mudi yang cerdik yang akan memasuki alam pekerjaan setelah habis menamatkan pengajian mereka.

Jika kita mampu untuk menjadi satu dan saling hormat menghormati antara kita dalam institusi pengajian tinggi maka kita akan beroleh manfaat terbesar dalam hidup ini, yakinlah dengan saranan saya, saya bukan orang besar, suara kecil saya ini diharap dapat membuka satu ruang bagi kita merubah perasaan kita, sikap prejudis dan penuh prasangka dengan bangsa lain.

Pentadbiran IPT sebenarnya telah mengadakan beberapa kursus wajib yang bermatlamatkan untuk mengukuhkan perpaduan di kalangan pelajar IPT. Menerusi pengalaman saya sendiri, ia adalah satu idea yang cukup baik namun malangnya keputusan yang dicapai memperlihatkan ia gagal untuk menjadikan kita satu bangsa yang cukup kuat bersatu. Di atas kertas semuanya kita lihat indah namun realitinya, kesatuan kita untuk bersama tidak pernah ada, perpaduan itu cukup rapuh hari ini dan masa akan datang akan memperlihatkan kita terus menjauhkan diri dan ini akan mengundang kecelakaan yang teramat pada masa hadapan.

IPT perlu menjadi satu medan terbaik untuk mensehatikan manusia cerdik pandai ini, kerana mereka inilah yang akan mentadbir negara kelak, jika kita mampu menjadi satu, kepimpinan kita akan bersuara menjadi satu dan ini pasti akan memaju negara ke hadapan dengan lancarnya. IPT perlu mencari satu mekanisma terbaik yang diirancang secara terliti dan yang teramat penting pelaksanaan yang dibuat perlu dibuat dengan ada semangat membara untuk menyatukan bangsa Malaysia menjadi satu yang cukup kuat.

Kenapa program-program dalam IPT hari ini dilihat mengikut kaum? Kenapa sukar bagi kita bersatu menjadi satu? Kenapa perlu wujud perasaan tidak selesa dengan kaum lain. Semua program yang tidak melibatkan agama perlu dibuat bersama-sama agar kita mampu berinteraksi dengan lebih baik dan mewujud persefahaman yang utuh.

Kita cukup sukar untuk berkomunkasi dengan bangsa lain kerana perasaan kita, mereka dan kita adalah manusia, untuk memberi senyuman juga sukar sekali, mari kita wujudkan satu suasana positif yang dapat mengukuhkan hati kita menjadi yang utuh untuk kemakmuran bersama-sama. Jangan biarkan IPT kita menjadi ruang berpecah belah dan mewujud jurang antara kita lagi.

No comments:

Post a Comment